Susu Ibu Makanan Lengkap Untuk Bayi.

Hai Momies..

Tujuan Fie tubuhkan blog ni adalah untuk kongsi pengetahuan dari artikel-artikel yang fie baca.. sekarang usia kandungan fie dah nak masuk 36 minggu.. teruja sangat..huhu.. yelah anak sulong la katakan..dan fie teringin la sangat nak menyusukan baby ni sampai usia dia mencecah 2tahun.. agar baby menjadi anak yang sihat dan kuat.. so jom kita sama-sama baca artikel di bawah ini…

Susu ibu adalah satu-satunya pemakanan yang paling lengkap untuk Baby. Susu ibu mengandungi zat yang seimbang terdiri dari Protein, Karbohidrat, Lemak, Vtamin dan Zat-zat galian. Telah terbukti banyak faedah kesihatan dari ibu dapat dialihkan kepada baby semasa penyusuan. Bukti menunjukan bahawa susu ibu mengandungi antibodi dan zat-zat makanan yang boleh melindungi bayi daripada pelbagai penyakit. Susu ibu juga mengandungi Zat yang penting untuk tumbesaran otak. dan Baby yang disusu ibu juga kurang berkecenderungan mempunyai berat badan yang berlebihan malah ia berkeadaan lebih sihat, dan yang paling penting kurang cenderung menjadi gemuk bila meningkat dewasa.

Faedah Susu Ibu untuk Baby:

  1. mengandungi bahan pencegah penyakit
  2. mengelakkan dari kurang zat makanan dan cirit-birit serta penyakit saluran pernafasan
  3. mengurangkan risiko kepada alahan
  4. perkembangan daya intelek
  5. kurang masalah pergigian dan masalah tulang
  6. mengurangkan penyakit kencing manis, dan jangkitan telingan pada kanak-kanak
  7. menggalakkan tumbesaran
  8. penghadaman yang mudah

Faedah Susu Ibu Untuk Ibu

  1. Membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. mengeratkan kasih sayang ibu dan anak
  3. mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  4. membantu menjarakkan kelahiran
  5. menjimatkan masa dan wang.

Bahaya Air dan Susu Formula Bagi Bayi Kurang 6 Bulan

  1. Amalan memberikan air kepada bayi sebenarnya boleh mendedahkan bayi kepada pelbagai risiko termasuk merencatkan tumbesaran dan akal, mengancam nyawa serta mengakibatkan sawan tarik. tumbesaran bayi  akan terencat kerana perutnya yang kecil itu sepatutnya diisi dengan susu ibu yang kaya dengan pelbagai khasiat tetapi telah diisi dengan air. ia sama saja  seperti telah menyalahi hukum alam.
  2. Air boleh menjadi pembawa kuman kerana pencemaran boleh berlaku pada pelbagai peringkat sama ada sumber air atau bekas yang tidak bersih. ia akan mendedahkan bayi kepada cirit- birit.
  3. Air akan menghakis salutan pelindung penyakit yang dihasilkan oleh susu ibu dan ini akan mendedahkan bayi kepada pelbagai penyakit
  4. Bayi yang menghidap penyakit jaundis, air yang terlalu banyak boleh merencatkan akal manakala bagi yang berusia di bawah 5minggu, air yang terlalu banyak akan mencairkan garam di dalam darah, yang akan mengakibatkan sus badan yang rendah, kembung perut atau sawan tarik.

Buat para ibu, kemahuan adalah perkara yang paling utama, anda perlu memberi susu  ibu kepada bayi anda. dan jangan sesekali mengatakan anda TIDAK CUKUP SUSU. anak manusia seharusnya diberi minum susu manusia. Adalah hak setiap bayi menikmati ke enakkan susu ibunya. percaya atau tidak, anak yang diberi susu ibu jauh lebih rapat dengan ibunya, hubungan penuh kasih dan suci ini tidak dapat anda rasai jika anda tidak menyusukanya. Dan yang paling penting, anak-anak ini akan menjadi anak-anak yang jauh lebih bijak dan sihat, lebih gembira, ceria serta lebih berkeyakinan. Siapalah kita untuk menidakkan hak ini. Darah daging yang dibentuk di dalam badan anak anda adalah dari anda sendiri bukan dari haiwan ataupun bahan tiruan.

bersambung…

About babykucayang

mama yang penyayang
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Susu Ibu Makanan Lengkap Untuk Bayi.

  1. Hanafi says:

    Semoga segala penat lelah ayang mengandungkan baby mendapat rahmat dan pahal yang berlipat kali ganda dari Allah. Ya Allah, kurniakanlah SyurgaMu buat isteriku ini…

    Amin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s